Kelahiran Nabi Muhammad SAW. pada 12 Rabiulawal, tahun gajah
di Mekah al- Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran Baginda menjadi seribu satu tanda bahwa Baginda akan menjadi utusan
terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam
sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam
konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu kejadian
luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi.
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui
peristiwa dibalik kelahiran Baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang
belum terungkap. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran
Nabi Muhammad SAW..
Pertama, semasa Rasulullah SAW. berada di dalam kandungan
bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu
yang hamil. Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang datang
kepadanya ketika beliau sedang tidur. malaikat mengatakan bahwa beliau telah
mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu
kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada
wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah,
ALLAH memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu
semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang
kering menjadi subur, pohon- pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga
hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam
Al-Quran surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekkah. Ia diketuai oleh tentara
bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka
hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan
izin ALLAH. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan
menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran. Peristiwa ini
amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan.
Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit.
Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut
berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu
daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas
manusia. Namakan dia Ahmad.” Semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW., Aminah
ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahwa Nabi Muhammad
lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan
dalam kitab Taurat dan Injil bahwa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa Baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari
tubuh badan Baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di
Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari
jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahwa cahaya itu datang dan
menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang
paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah
apabila Baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat Baginda dalam keadaan
terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang
sedang berdoa. Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya
sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur
dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara
syirik”. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah
riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit
sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya
daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran Baginda,
berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Ka’bah,
tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada ALLAH. Lalu aku mendengar
suara dari dinding Ka’bah berkata, “Telah lahir nabi pilihan yang akan
membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan
memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.” Selain itu di tempat yang lain
pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut
retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di
antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Namun, api di negara Parsi
yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan
sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang- orang Majusi yang
dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Baginda, Tasik
Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah Baginda lahir,
tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahwa pengetahuan syaitan dan jin
mengenai perkara ghaib sudah tamat. Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah
kelahiran Nabi Muhammad SAW.. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana
Baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar
biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan Baginda di sisi ALLAH,
sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut
juga dijelaskan di dalam kitab-kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan
Injil sebagai rasul yang terakhir.
Subhanallah…. Semoga kita termasuk umat yang dirindukan
Rosulullah SAW..
No comments:
Post a Comment